CARA POS PARCEL DARI MALAYSIA KE UK

   
Saya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia
Saya berurusan dengan Pejabat Pos Malaysia di Selayang Mall
Saya sangat selesa berurusan dengan Pos Malaysia di Selayang Mall ini kerana stafnya sangat membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tahniah ^_^

Ini harga pos parcel ke UK (Harga ini setakat 14 April 2017)
Berat
Harga
1 kg
RM120
2 kg
RM160
3 kg
RM200
4 kg
RM240
5 kg
RM280
6 kg
RM320
7 kg
RM360
8 kg
RM400
9 kg
RM440
10 kg
RM480

Last time saya hantar 9kg parcel, harganya RM460, maybe 9kg terlebih sikit, or
Tempoh penghantaran dalam 2 minggu akan sampai

Cara terbaik nak packing :
1.    Guna je apa-apa kotak barang yang kita boleh minta kat kedai runcit for FREE.
Syarat Kotak itu mestilah :

Jenis kotak yang sesuai digunakan

·         Kotak yang tebal dan kukuh. Rasa kotak tu dulu dgn jari. Harus tebal supaya tidak mudak koyak 
·         Kotak yang masih elok dan tidak koyak-koyak. Kotak yang koyak dan bertampal dengan macam-macam sticker akan meningkatkan kemusykilan pihak kastam UK. Maka kebarangkalian untuk parcel kita dibuka untuk disiasat sangatlah tinggi
·         Jika menggunakan semula kotak, hendaklah cabut label-label yang ada.
·         Ukuran size kotak terpulang kepada anda. Tidak kisah nak kotak tinggi ke, lebar ke, Tapi hendaklah tidak melebihi 2m untuk pengeposan parcel biasa.

2.    Susun barang elok-elok dalam box.
3.    Seletip tengah kotak dan setiap bucu kotak dengan kemas hingga sekukuh mungkin.
4.    Balut kotak tadi dengan cara :

Seletip setiap bucu dengan kemas tau berulangkali.

·         Balut kotak dengan kertas minyak warna coklat macam kita balut kotak hadiah. (ini bertujuan untuk menyembunyikan tulisan yang ada pada kotak. Jika kita pakai kotak dengan label makanan, jadi tertutuplah kotak makanan tu untuk mengurangkan daya tarikan kepada Kastam UK untuk buka parcel kita. (tak balut pun takpe. Boleh saja.)
·          Selepas itu, tampal kertas A4 / sticker yang kita dah print siap-siap Nama dan alamat penerima di bahagian sisi kanan dan sisi kiri kotak kita (Alamat seeloknya diprint atas kertas sticker kerana senang, terus tampal je)
·         Cara menulis alamat adalah seperti di bawah :

 




Balut lapisan terakhir kotak. Ini optional sahaja. Boleh juga tak balut.

·         Selepas itu, balut sekali lagi kotak kita plastik transparent kemas kemas-kemas. Seletip bucu setiap kotak dengan selotip besar pun boleh. Asalkan kukuh dan kemas untuk
keselamatan barang dalam kotak supaya kotak tak terbuka etc.



5.    Minta borang borang pos berdaftar international dari kaunter Pos Malaysia tu. Isikan borang tu dan tampal di kotak (borang pos berdaftar ini sangat penting kerana ada ditulis tracking number bagi membolehkan parcel kita dijejaki apabila berlaku kes2 tidak diingini)
·         Dalam borang ni, kena declare barang apa kita poskan, so just tulis “PERSONAL BELONGINGS’. Last time kakak pejabat pos tu tulis Makanan Kering (mayb orang UK tu tak faham kot sebab bahasa Melayu hehehehe)



Antara Cara lain untuk packing :



6.    Beli je box bagi berat maksimum 5kg (Pack 5) berharga rm4.05 kat Pos Malaysia.
7.    Susun barang elok-elok dalam box.
8.   


9.    Minta borang borang pos berdaftar international dari kaunter Pos Malaysia tu. Isikan borang tu dan tampal di kotak (borang pos berdaftar ini sangat penting kerana ada ditulis tracking number bagi membolehkan parcel kita dijejaki apabila berlaku kes2 tidak diingini)


Info : Lastime saya hantar parcel on 20 April 2017 dari KL, sampai ke Liverpool UK on 28 April 2017






Comments

  1. Kalau kurang daripada 1kg? Berapa bayaran dia kak ?

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing. Anak minta kirim mee sedap.

    ReplyDelete
  3. Salam , kalau nak hantar sambal dan rendang daging yg kering ke Manchester boleh ke ?

    ReplyDelete
  4. Nice sharing...thank you for the info...

    ReplyDelete

Post a Comment